Tahun Melawat Malaysia 2026 tonjol keharmonian, tolak politik budaya dan agama

SIBU – Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan memberi penekanan terhadap keharmonian masyarakat majmuk sebagai mesej utama kepada dunia, sekali gus menolak sebarang usaha mempolitikkan isu budaya, kaum dan agama.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Malaysia perlu tampil sebagai sebuah negara berbilang kaum yang saling menghormati serta hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Kita tidak mahu lagi isu-isu sensitif dibangkitkan sehingga kebudayaan dipolitikkan atau dijadikan isu perkauman dan keagamaan.

“Kita mesti membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Ambang Tahun Baharu Sibujaya 2025 (Sibujaya Countdown 2025) bertemakan ‘Terokai Sibu, Rasai Malaysia’ di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim pada Isnin.

Menurut beliau, acara ambang tahun baharu itu menghimpunkan institusi keluarga dan belia menerusi persembahan kebudayaan, gerai makanan serta aktiviti e-sukan bagi mencerminkan kepelbagaian budaya masyarakat di negara ini.

Dalam pada itu, King Sing turut menyeru rakyat Malaysia supaya berbangga mempromosikan makanan tradisi masing-masing merangkumi hidangan Melayu, Cina, India serta etnik di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan dan Kenyah.

“Melalui makanan dan budaya, pelancong dapat melihat, memahami dan mengenali kekayaan warisan negara kita.

“Saya juga berharap generasi muda dapat membuktikan kehebatan budaya mereka kepada dunia,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai pemilihan Beruang Matahari sebagai maskot VM2026, Ahli Parlimen Bintulu itu menjelaskan, haiwan tersebut simbolik kepada sifat rakyat Malaysia yang mesra, bersatu padu dan mampu hidup harmoni.

“Beruang Matahari melambangkan keramahan dan perpaduan rakyat Malaysia. Ia membawa mesej bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bersatu, harmoni dan peramah,” katanya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi