Lima cedera, kenderaan terbabas di Jalan Bintulu-Miri

BINTULU – Lima individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Bintulu–Miri di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.55 tengah hari itu, seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu kenderaan berkenaan dilaporkan selamat.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, jarak lokasi kejadian terletak kira-kira 33 kilometer dari balai bomba.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan enam mangsa terdiri daripada dua lelaki, tiga wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.

“Lima mangsa dilaporkan cedera manakala pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selain itu, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Ia termasuk pemasangan cervical collar dan imobilisasi pada bahagian kaki mangsa yang mengalami kecederaan serius.

“Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bintulu menggunakan jentera EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.32 petang.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa