Isu Rumah Sri Pertiwi disewa: HDC nafi terlibat, tegas projek masih dalam pembinaan

KUCHING – Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menyangkal dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan agensi itu dengan isu penyewaan atau ketidaktelusan pengagihan unit kediaman di bawah Program Rumah Sri Pertiwi.

HDC dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin menegaskan, tuduhan yang mendakwa wujudnya penyalahgunaan rumah di bawah program tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas.

Jelas agensi itu, setakat ini projek perumahan Program Rumah Sri Pertiwi yang melibatkan usahasama dengan HDC masih lagi berada dalam peringkat pembinaan.

“Sehubungan itu, sebarang dakwaan yang mengaitkan HDC secara langsung dengan isu pengagihan, penyewaan atau penyalahgunaan rumah di bawah program ini adalah tidak benar.

“Kenyataan sedemikian boleh mengelirukan orang awam,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang mendakwa terdapat pemilik Rumah Sri Pertiwi menyewakan kediaman mereka, walhal skim tersebut dikhususkan untuk membantu pembeli rumah pertama yang memerlukan. Hantaran tersebut turut mempersoalkan integriti HDC dalam proses agihan rumah berkenaan.

Mengulas lanjut, HDC menjelaskan bahawa Program Rumah Sri Pertiwi merupakan inisiatif perumahan mampu milik Kerajaan Sarawak yang disasarkan khusus kepada golongan berpendapatan isi rumah antara RM4,000 hingga RM10,000.

Pelaksanaan program ini terbuka untuk dibangunkan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun sektor swasta, tertakluk kepada dasar serta kelulusan Kerajaan Sarawak.

Susulan itu, HDC memandang serius tindakan penyebaran maklumat tidak sahih berkenaan dan menyeru orang ramai agar menghentikan penularan dakwaan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat rasmi disaran menghubungi talian 082-444381 atau melayari laman sesawang rasmi di hdc.sarawak.gov.my

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK