TYT Sarawak seru rakyat hayati Krismas 2025, perkukuh perpaduan dan sedia hadapi tahun baharu

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru seluruh rakyat Sarawak agar terus menghayati nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan sempena sambutan Hari Krismas 2025 serta menjelang Tahun Baharu 2026.

Menerusi Perutusan Hari Krismas dan Tahun Baharu yang dikeluarkan Astana Negeri Sarawak, beliau menegaskan bahawa Krismas bukan sekadar perayaan keagamaan, malah melambangkan nilai sejagat seperti keikhlasan, semangat memberi dan kebersamaan yang menjadi asas keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak.

Beliau beserta isteri dan keluarga turut merakamkan ucapan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Sarawak dan di mana sahaja berada, sambil berharap sambutan kali ini diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, kasih sayang kekeluargaan dan saling menghormati.

Tun Wan Junaidi turut menzahirkan rasa bangga terhadap amalan Rumah Terbuka yang menjadi tradisi unik rakyat Sarawak, yang terus memperkukuh silaturahim antara pelbagai kaum, agama dan budaya pada setiap perayaan utama.

Mengulas cabaran yang dihadapi sepanjang tahun 2025, beliau menyentuh beberapa insiden bencana dan isu sosial termasuk tanah runtuh, kemalangan jalan raya, kebakaran rumah, banjir kilat serta peningkatan kes buli dan kemalangan jalan raya. Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti setempat bagi mengurangkan risiko serta meningkatkan langkah pencegahan.

Dalam perutusannya juga, Tun Wan Junaidi mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada terhadap bahaya dan risiko Kecerdasan Buatan (AI), khususnya berkaitan penipuan, manipulasi maklumat dan penyebaran berita palsu. Beliau menyeru rakyat agar sentiasa menyemak fakta dan menjadi pengguna teknologi yang bijak serta beretika.

Menjelang tahun 2026, beliau menyeru seluruh rakyat Sarawak agar terus bersatu hati dalam menyokong usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membina Sarawak yang lebih maju, makmur, adil dan harmoni.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Sarawak kini berada di landasan tepat ke arah status wilayah maju menerusi pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, merangkumi pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi, tenaga hijau, teknologi moden, infrastruktur mampan serta pengurusan kewangan berhemat.

Beliau menyeru rakyat agar terus berganding bahu demi masa depan Sarawak yang lebih cerah, sejahtera dan berdaya tahan, sambil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas 2025 dan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat.

Foto: Astana Negeri Sarawak

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah