Lelaki warga asing ditahan bersama syabu di pasar Lutong

MIRI – Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di Pasar Lutong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah memaklumkan, tangkapan dilakukan kira-kira jam 2.30 petang hasil maklumat dan risikan pihak polis. Pemeriksaan fizikal ke atas suspek menemui satu peket plastik lutsinar dan 18 keratan tiub straw mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Jumlah rampasan dianggarkan seberat 8.25 gram dengan nilai sekitar RM950,” katanya dalam kenyataan.

Suspek telah ditahan dan dimasukkan ke Lokap Balai Polis Pusat bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Jelasnya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga dan tidak melebihi sembilan sebatan.

Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri akan terus mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan menggesa orang awam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui Hotline JSJN di 012-208 7222 atau Hotline JSJN Sarawak di 017-592 9211.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM