197 pegawai, anggota KPDN P.Pinang pantau harga sempena Krismas

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pulau Pinang menempatkan seramai 137 pegawai penguat kuasa dan 60 pegawai pemantau di lokasi strategik seluruh negeri bagi memantau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025, bermula hari ini hingga 27 Disember depan.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, kesemua pegawai berkenaan ditempatkan di pasar awam, pasar tani serta pusat beli-belah bagi melindungi pengguna daripada peniaga tidak beretika.

“Dalam masa sama, KPDN akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan bekalan barangan terkawal mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini.

“Kami berharap semua pihak mematuhi harga maksimum yang ditetapkan serta menggunakan label berwarna merah jambu bagi barangan di bawah kawalan harga,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan SHMMP Krismas 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, dari 1 Januari hingga kini, KPDN telah menjalankan pemeriksaan ke atas 72,652 premis di seluruh Pulau Pinang, dengan 846 kes diambil tindakan melibatkan sitaan bernilai RM3,460,116 serta kompaun berjumlah RM516,500.

Tambahnya, bagi tempoh 1 Januari hingga 22 Disember, KPDN turut menerima 2,635 aduan berkaitan isu harga dan bekalan barangan, merangkumi 1,146 aduan harga barangan dan perkhidmatan, 220 aduan bekalan barangan kawalan, manakala 1,269 lagi melibatkan aduan lain.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana