Reformasi perlu diterjemah secara holistik, pertingkat penyampaian kerajaan

PUTRAJAYA – Rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai reset besar terhadap prestasi kerajaan dan bukan sekadar pertukaran jawatan mahupun imbangan politik.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, rombakan itu wajar dilihat sebagai usaha memperbaiki kelemahan sedia ada.

Katanya, antara yang perlu menjadi keutamaan adalah memastikan agenda reformasi kerajaan dapat diterjemahkan secara berkesan dalam kehidupan seharian rakyat.

“Hakikatnya, kerajaan hari ini tidak berdepan masalah kekurangan ‘reform’. Masalah sebenar ialah ‘reform’ yang dibuat tidak dapat diterjemahkan dengan baik kepada kehidupan rakyat, sehingga kebaikan dasar gagal dirasai dan difahami.

“Kerajaan tidak wajar mengulangi kesilapan mengumumkan dasar atau pindaan undang-undang yang belum benar-benar matang sehingga terpaksa ditangguhkan susulan bantahan awam,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mahfuz berpendapat,
keadaan berkenaan bukan sahaja melemahkan keyakinan rakyat malah memberikan peluru politik percuma kepada pembangkang untuk membina persepsi bahawa kerajaan tidak yakin dengan dasar sendiri.

Beliau turut menjadikan isu rasionalisasi subsidi sebagai contoh jelas kelemahan penyampaian kerajaan walaupun langkah tersebut tepat dari sudut dasar dan keperluan fiskal negara.

“Namun dari sudut komunikasi politik, kerajaan gagal menjelaskan siapa yang dilindungi, siapa yang selama ini bocor menikmati subsidi dan bagaimana penjimatan tersebut dikembalikan semula kepada rakyat.

“Akibatnya, rakyat hanya melihat harga naik bukan perlindungan yang diberikan,” katanya.

Mengulas prestasi pilihan raya dan sokongan rakyat, Mahfuz menegaskan, ia tidak wajar disederhanakan dengan alasan kerajaan terlalu reformis atau belum cukup melakukan reformasi.

“Itu adalah penafian terhadap kelemahan sendiri. Masalah sebenar ialah kelemahan jentera, kegagalan naratif, dan jurang besar antara elit pembuat dasar dengan realiti hidup rakyat.

“Rombakan Kabinet ini perlu disusuli perubahan pendekatan yang jelas bagi membuktikan Kerajaan Perpaduan bukan sahaja betul dari segi niat dan dasar, malah mampu memenangi keyakinan serta hati rakyat,” katanya.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia