Isu kritikal e-hailing perlu ditangani secara tuntas oleh APAD – NeHDA

PUTRAJAYA – Persatuan Pemandu e-Hailing Utara (NeHDA) meluahkan kebimbangan terhadap dakwaan sikap membisu dan sambil lewa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berhubung isu-isu kritikal yang dibangkitkan dalam sesi libat urus pada 17 November lalu.

NeHDA dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia termasuk berkenaan sistem tawar-menawar dalam perkhidmatan e-hailing yang masih diamalkan secara terang-terangan dan berleluasa sehingga kini.

Menurutnya, tiada tindakan sehingga kini diambil APAD terhadap pelanggaran tersebut, sedangkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini telah pun mengeluarkan arahan jelas bahawa sistem tersebut tidak dibenarkan.

“Pada masa sama, keluhan berkenaan kenaikan mendadak insurans e-hailing sehingga 150 peratus juga tidak ditangani dengan berkesan oleh pihak berwajib.

“Bermula tahun hadapan, pemandu dijangka menanggung beban kos insurans yang meningkat secara drastik. Ini menambah tekanan kepada pendapatan yang sedia terhimpit,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Mengulas lanjut, NeHDA memaklumkan, pihaknya bersama rakan-rakan persatuan lain telah mengemukakan cadangan struktur tambang yang lebih adil supaya harga lantai dan siling dapat ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, sehingga kini,  tiada tindakan susulan atau sesi rundingan bersama operator e-hailing diadakan oleh pihak APAD berhubung isu tersebut.

“Kami melihat kegagalan ini sebagai satu bentuk pengabaian tanggungjawab oleh pihak berwajib khususnya APAD dan Kementerian Pengangkutan, dalam melindungi kebajikan lebih 300,000 pemandu e-hailing di seluruh negara.

“Lebih 2,500 pemandu di kawasan Utara kini berdepan ketidaksamarataan harga tambang berbanding kawasan lain, walaupun kos operasi seperti minyak dan penyelenggaraan adalah sama, sekali gus memperlihatkan satu bentuk penindasan sistemik terhadap pemandu di wilayah tersebut.

“Sehubungan itu, NeHDA menggesa supaya APAD segera melaksanakan sesi libat urus susulan bersama semua pihak berkepentingan dalam industri e-hailing supaya jalan penyelesaian dapat dicapai segera,” katanya.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah