Lelaki maut, kereta terjunam ke Sungai Perak

PARIT – Seorang pemuda berusia 34 tahun ditemui maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya dipercayai terjunam ke dalam Sungai Perak di Kampung Baru Layang-Layang Kanan, di sini, pada Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.13 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum operasi disambung semula pada jam 8 pagi Sabtu dengan bantuan polis serta penduduk kampung menggunakan bot.

“Ketua operasi membuat penilaian situasi dan mengarahkan pencarian dilakukan di sekitar kawasan sungai sejauh 100 meter dari jeti tempat mangsa dipercayai terjatuh.

“Operasi turut melibatkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM dan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan SAR berjaya mengesan kedudukan kereta pada jarak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian sebelum meminta bantuan kren untuk mengeluarkan kenderaan tersebut dari dalam sungai.

“Mayat mangsa ditemui di dalam kereta pada jam 2.10 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seri Iskandar bagi menjalani prosedur bedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di talian 05-371 2222 atau Balai Polis Parit bagi membantu siasatan.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak