Pemansuhan SPLKPM langkah realistik ringankan beban tugas guru

PUTRAJAYA – Pemansuhan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) mampu mengembalikan fokus utama guru kepada pengajaran dan pembangunan murid.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, tanpa tekanan perekodan dan kejaran mata kredit, guru dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Pada masa sama, beliau memaklumkan guru juga dapat memfokuskan kepada
pentaksiran berkesan, bimbingan murid serta penglibatan kokurikulum.

“Langkah ini juga membuka ruang kepada pembangunan profesional yang lebih bermakna, berasaskan keperluan sebenar guru dan sekolah, bukan semata-mata pematuhan sistem. iGuru berharap pemansuhan SPLKPM menjadi titik tolak kepada reformasi menyeluruh pengurusan tugas guru.

“Ia perlu dengan prinsip mempercayai guru sebagai profesional yang mampu membangunkan diri tanpa dibebani sistem perkeranian yang berlebihan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Bagaimanapun, Mohd. Azizee berpendapat, guru dilihat akan menghadapi tekanan yang ketara terutama dari segi pengurusan masa dan komitmen harian sebelum SPLKPM dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ini kerana guru perlu merekod latihan, mengumpul mata mata kredit serta memastikan pematuhan kepada dasar latihan lima hari sering kali dilakukan di luar waktu mengajar, termasuk pada waktu rehat, selepas waktu persekolahan dan hujung minggu sebelum ini,” katanya.

Jelasnya, bebanan itu menambah tekanan kerja, menjejaskan keseimbangan kehidupan kerja dan menyebabkan guru lebih tertumpu kepada pematuhan sistem berbanding keperluan sebenar pembangunan profesional.

“iGuru menyambut baik dan menyokong penuh keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan SPLKPM kerana ia selari dengan tuntutan guru sejak sekian lama agar beban tugas perkeranian dikurangkan.

“Pemansuhan ini dilihat sebagai langkah progresif dan realistik yang mengiktiraf realiti tugas guru di sekolah. iGuru berpandangan keputusan ini menunjukkan keprihatinan KPM terhadap kebajikan guru serta kesediaan mendengar suara akar umbi pendidikan,” katanya.

Terdahulu, KPM memutuskan untuk memansuhkan SPLKPM sebagai langkah berterusan bagi mengurangkan beban tugas guru.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat susulan penilaian berterusan kementerian terhadap beban kerja guru serta maklum balas warga pendidik yang berpandangan sistem berkenaan menjejaskan tumpuan mereka terhadap tugas hakiki.

Related Posts

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PORT DICKSON – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terus memperhebat usaha meningkatkan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi bencana menerusi pelbagai pengetahuan latihan kepada penduduk yang berisiko menghadapi bencana dan terdedah kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) yakin tindakan beberapa bekas ahli PKR bertanding atas tiket Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan menjejaskan sokongan pengundi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi