Penggunaan SARA cecah 99 peratus, RM4.59 bilion dibelanjakan setakat ini – Amir Hamzah

PELAKSANAAN Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencatatkan kadar penggunaan yang amat memberangsangkan apabila 99 peratus daripada 5.6 juta penerima yang layak telah memanfaatkan bantuan berkenaan bagi pembelian barangan keperluan asas, dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM4.59 bilion setakat ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, sehingga semalam, hampir 5.6 juta penerima SARA termasuk rayuan baharu yang diluluskan telah menggunakan MyKad bagi pembelian barangan asas di premis berdaftar, manakala jumlah kelayakan keseluruhan SARA bagi tahun 2025 dianggarkan mencecah RM5 bilion.

“Bagi Penghargaan SARA ‘one-off’ (bayaran secara sekali) kepada lebih 22 juta rakyat dewasa pula menyaksikan lebih 20 juta penerima berbelanja atau mewakili 92 peratus daripada keseluruhan bilangan penerima dengan nilai perbelanjaan melebihi RM1.91 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai langkah jangka panjang Kementerian Kewangan (MoF) dalam memastikan pelaksanaan subsidi bersasar dilaksanakan tanpa isu teknikal berkaitan penyalahgunaan MyKad untuk bantuan SARA pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Amir Hamzah berkata, kapasiti sistem pembayaran SARA telah melalui usaha penambahbaikan ketara bagi menangani lonjakan transaksi susulan pelaksanaan Penghargaan SARA dan bantuan SARA bulanan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

“Berdasarkan prestasi semasa pelaksanaan SARA, transaksi seminit adalah 7,000 berbanding 2,700 seminit sebelum ini dan akan mencecah 10,000 transaksi seminit selepas penambahbaikan ke atas sistem pada akhir 2025.

“Ketika ini, purata transaksi seminit adalah 1,000 mengambil kira kestabilan sistem dan pembelian dibuat penerima,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan juga tidak melihat sebarang cabaran ketara dari segi penggunaan SARA memandangkan kadar penggunaannya yang tinggi setakat ini.

“Bagi perbelanjaan bulanan SARA, baki kredit tidak boleh dibawa ke tahun depan, namun memandangkan tahap penggunaan melebihi 90 peratus, perkara itu dijangka tidak menimbulkan sebarang isu,” katanya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi