Pukul pelajar guna topi keledar, guru tahfiz digantung tugas sementara – JHEAINS

KOTA KINABALU – Seorang guru tahfiz yang didakwa memukul pelajar menggunakan topi keledar di sebuah kafe siber di Telipok dan tular baru-baru ini digantung tugas sementara waktu sehingga siasatan penuh dijalankan pihak polis.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani berkata, tindakan itu diambil susulan penularan video terbabit bagi memudahkan siasatan dijalankan dengan telus dan menyeluruh.

“Pusat tahfiz itu merupakan institusi swasta yang berdaftar secara rasmi dengan JHEAINS selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Apabila isu ini menjadi tular, pasukan JHEAINS kemudian melawat pusat tahfiz berkenaan untuk mengambil laporan penuh sebelum Ahli Lembaga Pengurusan Pusat tahfiz berkenaan memutuskan untuk menggantung tugas guru terbabit buat sementara waktu.

“Salah satu perkara utama yang kami beri perhatian ialah melibatkan kapasiti dan tindakan guru yang didakwa memukul pelajar tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Ugama (SRU) dan Sijil Menengah Ugama (SMU), di sini, pada Khamis.

Menurut Jumain, pihaknya memberikan kerjasama siasatan sepenuhnya kepada pihak polis termasuk menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak berkuasa.

“Guru berkenaan juga merupakan imam rawatib lantikan Persekutuan yang diselia oleh JHEAINS serta mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan.

“Ketika ini, individu berkenaan tidak berada dalam tahanan dan siasatan polis masih diteruskan,” ujarnya.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram