Pelantikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan amanah besar – Mordi Bimol 

KUCHING – Pelantikan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan disifatkan sebagai satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan belia dan pembangunan sukan negara.

Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol berkata, kepercayaan yang diberikan kepadanya akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menyokong agenda pembangunan belia dan sukan, khususnya di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, tumpuan awal adalah untuk memahami secara menyeluruh peranan serta keperluan kementerian di samping meneruskan usaha sedia ada yang telah dirangka oleh kepimpinan terdahulu.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kepimpinan negara atas kepercayaan yang diberikan, serta kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan pandangan sepanjang perjalanan saya,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Beliau berkata, pengalaman sebagai wakil rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, akan menjadi panduan dalam menyumbang secara berperingkat dan berlandaskan realiti di lapangan.

Dalam masa sama, Mordi menegaskan beliau akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Mas Gading dengan penuh komitmen.

Menurutnya, khidmat kepada rakyat serta usaha memperjuangkan keperluan pembangunan masyarakat setempat akan kekal menjadi keutamaan selaras dengan peranannya sebagai wakil rakyat di Parlimen.

Mordi yang juga Naib Pengerusi DAP Sarawak berkata, beliau sedar akan keperluan untuk terus belajar dan menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu yang diamanahkan.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya