Kembali galas amanah KPKM, Chan Foong Hin hargai kepercayaan PMX

KOTA KINABALU – Datuk Chan Foong Hin yang kembali memegang portfolio Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Beliau yang sebelum ini Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata, walaupun dalam tempoh tiga tahun ini melalui dua penugasan berbeza, skop tanggungjawabnya kekal tertumpu kepada sektor pertanian atau perladangan secara menyeluruh.

Katanya, dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara, penekanan terus diberikan kepada tadbir urus yang berkesan, pengurusan yang cekap serta pembangunan mampan, selari dengan hala tuju dasar di KPK dan KPKM.

“Sepanjang dua tahun berkhidmat di KPK, saya memperoleh pengalaman dan pendedahan yang bernilai dalam pengurusan sektor agrikomoditi negara.

“Pengalaman ini diharap dapat dijadikan asas rujukan apabila saya kembali berkhidmat di KPKM, agar amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan perspektif yang lebih strategik dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, pada Selasa.

Dalam pada itu, Chan turut berbesar hati dapat kembali bekerjasama dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam memperkasa sektor pertanian negara.

“Semoga kerjasama ini dapat diteruskan secara erat dan berkesan demi memastikan sektor pertanian Malaysia terus kukuh, berdaya tahan dan berdaya saing demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi