Tol WCE percuma sebulan sempena Hari Kebangsaan

BANTING – Pengguna Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang melalui Plaza Tol Seksyen 1 (Persimpangan Bertingkat Banting) di sini, tidak perlu membayar tol selama sebulan, bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian bayaran tol itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.

“Saya juga ingin jelaskan pemberian tol percuma ini hanya untuk Lebuhraya WCE Seksyen 1 sahaja dan tidak membabitkan tol lain yang bersambung dengan lebuh raya ini.

“… pelaksanaan tol percuma ini berlangsung hingga 29 September, 11.59 malam,” katanya selepas menyempurnakan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 1 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nanta berkata, pembukaan lebuh raya sepanjang 12.5 kilometer (km) itu yang menghubungkan Jalan Dengkil-Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi serta kemajuan untuk kawasan selatan Selangor khususnya Kuala Langat.

Beliau berkata, lebuh raya itu yang bersambung dengan Lebuhraya SKVE, juga memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar Banting untuk ke bandar-bandar utama di Selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan berkenaan.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah