Kenang sejarah perjuangan menentang ancaman komunis di Sarawak – TYT Sarawak

SIBU — Lawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke Galeri Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM), mengimbau kembali perjuangan penting dalam menentang ancaman komunis di Sarawak.

Wan Junaidi yang memulakan kerjayanya sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1964, pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan dari 1968 hingga 1973.

Dalam tempoh tersebut, beliau terlibat secara aktif dalam operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) di Miri, Sibu, dan Kapit, serta berkhidmat di RASCOM, mempertaruhkan nyawanya dalam beberapa siri operasi mempertahankan kedaulatan tanah air.

RASCOM yang ditubuhkan pada 26 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, melalui Direktif No. 4 Majlis Keselamatan Negara, bertujuan mengawal kegiatan PKKU yang semakin meningkat di kawasan tengah Sarawak.

Kawasan tanggungjawab RASCOM meliputi 58,544 kilometer persegi, termasuk Sarikei, Mukah, Sibu, dan Kapit.

Selain itu, beliau juga berkesempatan melawat Galeri RASCOM, yang dibuka pada 2012 hasil ilham Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw yang turut mempamerkan artifak penting mengenai sejarah penubuhan dan pengoperasian RASCOM.

Dalam lawatan tersebut, Tun Pehin Sri bersama-sama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi diberikan taklimat oleh Panglima 9 Briged, Brigadier Jeneral Ahmad Norzaini Bahdrun dan berpeluang melihat dengan lebih dekat koleksi artifak yang dibahagikan kepada enam bahagian utama, termasuk pelan utama RASCOM, penubuhan, aktiviti, operasi ketenteraan, sejarah unit, dan pembangunan kawasan keselamatan.

Turut hadir Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, dan Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak