Operasi salvaj KD Pendekar akan dikendali syarikat swasta

KLUANG – Kerja-kerja operasi salvaj bagi menyelamatkan Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang karam selepas mengalami kebocoran Ahad lalu akan dikendalikan oleh syarikat swasta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, kepakaran daripada syarikat swasta itu akan diturunkan sebaik langkah awal pihak TLDM menyelamatkan aset-aset penting dalam kapal berkenaan selesai.

Memetik laporan Kosmo, beliau dilaporkan berkata, TLDM akan memastikan peralatan dan maklumat sulit berkaitan aset seperti persenjataan serta perkara berkaitan rahsia negara berada dalam keadaan selamat sebelum ia diserahkan kepada syarikat swasta.

“Jadi itulah yang dilakukan ketika ini (kerja awalan)… usaha awal adalah hendak memastikan dan mungkin menyiasat semua peralatan atau pun maklumat supaya semuanya dalam keadaan baik.

“Kita nak pastikan apa juga barangan, maklumat penting yang ada dalam KD Pendekar selamat dan tidak hilang.

“Secara kebiasaannya kerajaan akan mengambil pihak luar untuk melakukan kerja-kerja seperti ini kerana mereka mempunyai kepakaran berkaitan kerja-kerja sedemikian,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Program e-Perkasa SPM Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Kem Mahkota, Kluang hari ini.

Mengulas lanjut kata beliau, siasatan berkaitan insiden kebocoran kapal itu dijangka diperolehi dalam tempoh sebulan, manakala punca kematian anggota penyelam masih belum diperolehi daripada pihak TLDM.

Terdahulu, dalam kejadian 25 Ogos lalu, KD Pendekar dilaporkan tenggelam selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air di dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.

Bagaimanapun, pada 28 Ogos, seorang anggota penyelam TLDM disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai KD Pendekar yang karam.

Related Posts

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas