Anwar bincang dengan Trump konflik terkini Thailand-Kemboja

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung konflik Kemboja-Thailand.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan semasa beliau menerima panggilan telefon daripada Trump – yang turut membangkitkan mengenai hubungan dua hala serta isu global yang menjadi kepentingan bersama.

“Berhubung ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand, saya menjelaskan peranan Malaysia yang menggesa kedua-dua negara agar bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan ASEAN.

“Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau, selaras dengan semangat kejiranan baik ASEAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan memanggil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN dalam masa terdekat bagi menilai situasi dan menyokong langkah meredakan ketegangan di rantau ini.

“Saya turut menyampaikan penghargaan atas keterlibatan aktif AS dengan ASEAN, serta keyakinan diberikan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025,” katanya lagi.

Konflik sempadan Kemboja-Thailand yang berlanjutan sejak seabad lepas, kembali tegang pada Julai dan membawa kepada pertempuran tentera selama lima hari.

Kedua-dua negara kemudian bersetuju untuk gencatan senjata di Kuala Lumpur pada 24 Julai, sebelum menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur pada 26 Oktober, ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, dengan disaksikan oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN dan Trump.

Bagaimanapun, pertempuran kembali tercetus baru-baru ini, menyebabkan sejumlah kematian dan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan dari sempadan kedua-dua negara.

Related Posts

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

REKOD pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilihat mampu menjadi antara faktor penting yang membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

UCAPAN tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai bukti kematangan politik yang menjamin hubungan baik antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000