PN tidak hantar calon untuk PRK Kinabatangan, Lamag

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah.

Keputusan itu dimaklumkan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui selepas persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

“Semalam kita mengadakan mesyuarat PN, saya hadir dan kita membuat keputusan untuk tidak menghantar calon bagi PRK berkenaan.

“Bagaimanapun, kita akan terus memantau perkembangan PRK dan calon yang akan bertanding,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK Kinabatangan dan DUN Lamag pada 16 Disember ini.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, berhubung kekosongan luar jangka bagi kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital di Sabah pada jam 1.46 pagi, kurang seminggu selepas dipilih sebagai ADUN Lamag untuk penggal kedua.

Dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah pada 29 November lalu, Bung Moktar, yang juga Pengerusi BN Sabah, mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Related Posts

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

TINDAKAN tegas termasuk pendakwaan terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diambil sebaik sahaja bukti mencukupi diperoleh, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK