Paris ketepikan Final Award tuntutan waris Sulu, Malaysia diberi kemenangan penuh

MALAYSIA mencatat kemenangan penting di Mahkamah Rayuan Paris selepas tribunal itu memutuskan untuk membatalkan sepenuhnya Final Award yang sebelum ini dijadikan asas tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan berkenaan dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

“Semalam Mahkamah Rayuan Paris telah membatalkan sepenuhnya apa yang disebut sebagai Final Award dalam kes tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu.

“Mahkamah mendapati individu yang mengeluarkan Final Award tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa atau bidang kuasa untuk berbuat demikian.

“Mahkamah turut mengarahkan pihak penuntut Sulu membayar kos sebanyak €200,000 kepada Malaysia,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Fahmi menegaskan keputusan itu sekali lagi membuktikan bahawa tuntutan yang dikemukakan terhadap Malaysia tidak berasas serta cacat dari segi undang-undang.

“Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan, kekebalan dan kepentingan negara di mana-mana mahkamah jika keadaan memerlukan,” ujarnya.

Beliau berkata, kenyataan penuh mengenai perkembangan terbaharu itu akan dikongsikan oleh Azalina dalam masa terdekat.

Related Posts

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

TINDAKAN tegas termasuk pendakwaan terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diambil sebaik sahaja bukti mencukupi diperoleh, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK