Projek RTB Sungai Kenau siap November 2026

KUANTAN – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kenau dijangka siap sepenuhnya pada 27 November tahun depan, sekali gus mengatasi masalah banjir yang kerap melanda kawasan Sungai Lembing.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek yang dilaksanakan secara kontrak ‘reka dan bina’ itu bermula pada 28 November 2023 dan fasa reka bentuk sudah siap pada 4 Julai lalu.

“Seterusnya, pembinaan projek dimulakan pada 5 Julai dan status kemajuan terkini projek adalah 16.84 peratus, berbanding jadual 16.33 peratus, iaitu empat hari lebih awal.

“Ini menunjukkan kemajuan pembinaan projek ini sangat memberangsangkan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Ayub Mat Ashri (Pas–Sungai Lembing) yang meminta penjelasan status projek RTB di Sungai Kenau, Sungai Lembing serta peratus pelaksanaan semasanya.

Wan Rosdy menambah, beberapa tindakan awal dilaksanakan sebagai langkah sementara menunggu projek tebatan banjir itu siap sepenuhnya.

Jelasnya, antara tindakan awal itu termasuk kerja pengorekan, pendalaman serta pengempangan air di Sungai Kenau.

“Kerja-kerja awal ini penting supaya air dapat mengalir dengan lancar dan tidak berlaku banjir sementara menunggu projek siap sepenuhnya,” katanya.

Related Posts

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

SANDAKAN – Kira-kira 200 rumah kediaman atas air di Kampung Bahagia, musnah dalam kebakaran besar yang berlaku awal pagi Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan secara telus berhubung isu penamatan kontraktor bagi projek naik taraf Kolam Renang Awam Miri yang dilaporkan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi