REKOD tanpa kalah Arsenal dalam 18 perlawanan lebur selepas tewas 1-2 di tangan Aston Villa, malam tadi.
Dalam aksi di Villa Park itu, Emiliano Buendia muncul wira apabila meledak gol kemenangan Villa pada minit akhir perlawanan.
Skuad bimbingan Mikel Arteta dikejutkan dengan jaringan Matty Cash pada separuh masa pertama, sebelum Leandro Trossard – yang masuk sebagai pemain gantian – menyamakan kedudukan buat The Gunners sejurus selepas rehat.
Pertembungan penuh sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan banyak mensia-siakan peluang.
Namun, kesilapan benteng Arsenal pada minit akhir membuka ruang untuk Buendia menjaringkan gol kemenangan, sekali gus menamatkan pencapaian 18 perlawanan tanpa kalah Arsenal musim ini.






