Mbappe ada peluang pecah rekod Ronaldo

KYLIAN Mbappe kini berada di landasan tepat untuk mencipta sejarah bersama Real Madrid, sepertimana yang pernah dilakukan idolanya, Cristiano Ronaldo, kata ketua jurulatih Los Blancos, Xabi Alonso.

Selepas menutup musim lalu dengan prestasi gemilang dan memulakan kempen baharu dengan aksi memberangsangkan, Mbappe sudah meledak 55 gol sepanjang tahun ini.

Bintang Perancis itu hanya kekurangan empat gol untuk menyamai rekod Ronaldo yang menjaringkan 59 gol pada 2013, sekali gus menjadi penjaring terbanyak kelab itu dalam setahun.

Pengaruh besar Mbappe dalam pasukan serta keupayaannya menjaringkan gol menyebabkan media Sepanyol semakin lantang membandingkannya dengan Ronaldo, penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid.

“Kylian di landasan tepat untuk mencipta sejarah di Real, sama seperti Cristiano.

“Bukan sahaja kerana peranannya dalam pasukan, tetapi juga kerana cita-citanya dan jumlah gol dijaringkannya.

“Kylian adalah antara pemain terpilih. Dia memiliki keinginan untuk bukan sahaja bermain dengan baik, tetapi memberi impak positif kepada rakan sepasukan.

“Ini sifat yang dia kongsi dengan Cristiano, cita-cita yang menular dan mengangkat prestasi seluruh pasukan,” kata Alonso kepada AFP.

Selepas menggondol Kasut Emas Eropah dan penjaring terbanyak La Liga musim lalu dengan 31 gol, Mbappe kini beraksi pada tahap lebih tinggi dengan 16 gol dalam 15 perlawanan liga serta sembilan jaringan daripada lima aksi Liga Juara-Juara.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai