Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

KOTA KINABALU – Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO, Barisan Nasional (BN) dan rakyat Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden BN berkata, beliau serta rakan-rakan kepimpinan UMNO dan BN amat pilu dengan berita pemergian arwah yang bukan sahaja dianggap sahabat rapat, malah seorang pemimpin penting parti di peringkat nasional dan negeri.

“Kami kehilangan yang amat sangat. Semoga keluarga beliau tenang, reda dan menerima qada dan qadar daripada Allah Ta’ala dengan penuh kesabaran.

“Mudah-mudahan kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman, insya-Allah,” katanya ketika ditemui media di pekarangan Masjid Bandaraya Likas, pada Jumaat.

Mengulas lanjut peranan Bung Moktar dalam mempertahankan UMNO selepas 2018, Zahid mengakui keteguhan dan keberanian Allahyarham menjadi faktor kebangkitan semula parti itu di Sabah.

“Pada 2018, beliau adalah seorang daripada hanya tiga ketua UMNO Bahagian daripada 25 yang tetap cekal bersama UMNO ketika ramai meninggalkan parti.

“Beliau adalah pemacu kebangkitan semula UMNO di Sabah dan turut memberi kesan kepada kekuatan semula parti di peringkat nasional.

“Saya sangat bersyukur atas sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui UMNO Sabah,” ujarnya.

Zahid berharap rakan-rakan kepimpinan yang ditinggalkan arwah akan meneruskan kesinambungan perjuangan itu agar UMNO Sabah kekal relevan dalam landskap politik negeri.

Related Posts

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan bahawa nasihat daripada institusi diraja Johor menjadi faktor utama beliau mengambil keputusan untuk memohon maaf secara peribadi kepada Presiden UMNO, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

PUTRAJAYA – Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan sejak 15 April lalu berjaya mengurangkan penggunaan petrol RON95 dengan penjimatan subsidi mencecah RM4.22 juta bersamaan 2.14 juta liter setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir