APAD sahkan Maxim patuh syarat, operasi e-hailing diteruskan di semua negeri

KUALA LUMPUR – Maxim Malaysia mengesahkan platform e-hailing itu menerima kelulusan muktamad daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk meneruskan operasi di seluruh negara selepas tamat tempoh pemantauan pematuhan selama tiga bulan.

Ketua Bahagian Pematuhan Undang-undang & Hubungan Kerajaan Maxim Malaysia, Mushfique Ahmed berkata, syarikat memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama sepanjang tempoh tersebut termasuk penambahbaikan proses pengesahan undang-undang, sokongan kewangan kepada pemandu, ciri keselamatan baharu, pembentukan komuniti inklusif serta inisiatif tanggungjawab sosial.

Beliau berkata, sepanjang tindakan pematuhan itu, Maxim mengemukakan semua laporan wajib dan melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pelesenan pemandu sebelum disahkan lulus pemeriksaan serta dibenarkan meneruskan perkhidmatan e-hailing dalam talian di semua negeri.

“Bagi mengukuhkan pematuhan, syarikat menjalankan audit dalaman terhadap lesen PSV dan eVP, mengemas kini proses pengambilan pemandu serta mengetatkan pemeriksaan. Maxim turut menawarkan sokongan kewangan sehingga RM400 kepada pemandu baharu selain memperkenalkan insentif komisen sifar peratus kepada pemandu yang baru diluluskan. Syarikat juga bekerjasama dengan sekolah memandu untuk mempercepatkan proses mendapatkan PSV dengan liputan penuh terhadap kos.

“Dari segi keselamatan, Maxim memperkenalkan pilihan perjalanan khusus wanita di beberapa bandar di Pantai Timur, menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak kepada pemandu berprestasi tinggi di Terengganu dan menambah baik butang SOS bagi memastikan respons lebih pantas. Syarikat turut menawarkan komisen sifar peratus kepada pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) serta meningkatkan kemudahan untuk pelanggan OKU,” katanya .

Menurutnya, Maxim juga meneruskan pelbagai program komuniti termasuk kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, sokongan pengangkutan untuk komuniti cacat penglihatan serta penganjuran kempen derma darah. Kerjasama melalui memorandum persefahaman dengan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) turut menegaskan komitmen syarikat terhadap keterangkuman.

“Dengan kelulusan muktamad ini, Maxim bersedia memasuki fasa pertumbuhan lebih kukuh di Malaysia. Kami akan terus memperbaiki perkhidmatan, memperluas capaian dan memastikan pengalaman yang selamat serta boleh dipercayai kepada penumpang dan rakan-pemandu. Terima kasih kepada APAD, pemandu, penumpang dan rakan media atas sokongan berterusan,” kata Hazwan pada sidang media hari ini.

Hazwan berkata, misi Maxim melangkaui peranan sebagai penyedia e-hailing konvensional kerana platform itu menyokong penyertaan ekonomi, terutama mereka yang bergantung kepada e-hailing sebagai sumber pendapatan utama. Dengan operasi yang merangkumi bandar utama, pinggir bandar dan kawasan luar bandar, Maxim terus komited menyediakan pilihan pengangkutan mudah diakses untuk semua.

“Usaha ini mencerminkan komitmen kami terhadap pematuhan peraturan, keselamatan penumpang, kebajikan pemandu dan sokongan komuniti. Maxim kekal sebagai pemain penting serta kompetitif dalam landskap e-hailing negara, membantu mengurangkan monopoli pasaran dan meningkatkan mobiliti di seluruh negeri,” katanya.

Related Posts

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini tidak melihat keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebarang perubahan lazimnya akan dibuat ketika pengumuman belanjawan. Gabenor Bank Negara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 hasil prestasi mantap yang mengatasi jangkaan susulan prestasi eksport lebih kukuh, perbelanjaan isi rumah yang kekal mampan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff