Anak mohon doakan kesembuhan Bung Moktar

KOTA KINABALU – Anak kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, merayu orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan ayahnya yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negeri.

Naim Moktar dalam satu kenyataan di media sosial menzahirkan penghargaan kepada para imam di Lamag kerana mengadakan solat hajat dan memanjatkan doa bagi memohon kesejahteraan ayahandanya itu.

“Selaku wakil keluarga, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh imam di Lamag yang telah berusaha mengadakan solat hajat serta memohon doa kepada Allah SWT demi kesihatan ayahanda saya.

“Doa dan keprihatinan para imam amat kami hargai dan menjadi sumber kekuatan kami sekeluarga. 

“Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada tuan-tuan,” katanya.

Menurut laporan Malaysiakini, sumber yang mengetahui keadaan itu memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkenaan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan akibat komplikasi melibatkan paru-paru, jantung dan buah pinggang. 

Bung difahamkan dirawat di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.

Terdahulu, timbul kekeliruan apabila UMNO Sabah mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan Bung Moktar yang didakwa stabil, sebelum menarik balik kenyataan itu beberapa saat kemudian.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin politik di seluruh Sabah turut mengirimkan doa dan harapan agar beliau segera sembuh.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula