MoU, MoA nilai lebih RM8 bilion bakal dimuktamad dalam MAHA 2026

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 menyasarkan kehadiran empat juta pengunjung dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Persefahaman (MoA) berjumlah RM8 bilion serta nilai jualan sebanyak RM58 juta.

Penganjuran dari 28 Ogos hingga 6 September tahun depan itu turut menjangkakan penyertaan lebih 2,000 pempamer dan penglibatan 800,000 belia dalam pelbagai program.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, MAHA 2026 akan menawarkan pengisian lebih segar dengan pelbagai tarikan interaktif dan pameran berimpak tinggi.

“Tahun ini kita tampilkan pengisian yang jauh lebih menyeluruh dan moden, merangkumi teknologi, inovasi serta aktiviti yang dekat dengan masyarakat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, antara tarikan utama ialah pameran bunga, pameran agrotek, fiesta makanan, pertandingan agro, persembahan laser dan air, sukan rakyat, rewang warisan, Rhythm of the Farmers (ROTF), sesi santai kopi, agropreneur muda, kiddies wonderland, agro safari dan taman burung.

“Kita mahu pengunjung merasai pengalaman baru dan lebih dekat dengan ekosistem pertanian negara,” ujarnya.

Mohamad menjelaskan, MAHA 2026 berperanan menghimpunkan petani, usahawan, pelabur dan penginovasi dalam satu platform besar bagi memacu transformasi industri pertanian.

“Inilah ruang untuk memadankan peluang perniagaan, teknologi dan inovasi secara langsung,” katanya.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia