Jawatankuasa bebas siasat kebakaran kompleks kediaman

HONG KONG – Pemimpin utama Hong Kong pada Selasa mengumumkan sebuah jawatankuasa bebas akan menyiasat punca kebakaran terburuk yang meragut sekurang-kurangnya 151 nyawa minggu lalu.

“Jawatankuasa itu akan melakukan semakan komprehensif untuk memperbaharui sistem kerja bangunan bagi mengelakkan tragedi serupa berulang.

“Ia akan diketuai seorang hakim demi memastikan kredibiliti dan proses yang telus.

“Pelaku bertanggungjawab cuba mencampurkan jaring tidak berkualiti dengan mengikut standard untuk menipu agensi penguatkuasa undang-undang,” kata John Lee.

Menurutnya, pihak berkuasa sudah mengenal pasti beberapa kegagalan dan menjanjikan pembaharuan kepada seluruh sistem pengubahsuaian bangunan.

“Kita perlu bertindak tegas untuk memastikan seluruh kelemahan ini ditangani dan mereka yang terlibat dipertanggungjawabkan.

“Masalah dan halangan akan diselesaikan,” jelasnya lagi.

Sebanyak tujuh bangunan kediaman di Wang Fuk Court – yang masih dalam pembinaan – musnah dijilat api hingga menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal selain membangkitkan kemarahan orang ramai.

Siasatan bersama kumpulan pemerhati antirasuah dan polis telah menahan 14 individu dan 13 daripadanya didakwa melakukan pembunuhan tanpa niat.

Pemeriksaan awal juga mendapati jaring digunakan pada perancah luar struktur tidak memenuhi piawaian rintangan api dan gagal menghalang kebakaran daripada merebak.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16