Gol Isak muncul untuk Liverpool atasi West Ham

ALEXANDER Isak akhirnya meledak gol sulung dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liverpool ketika membantu kelab itu menamatkan kemarau kemenangan dengan menewaskan West Ham 2-0, malam tadi.

Isak sebelum ini buntu dalam lima penampilan liga sejak melengkapkan perpindahan rekod Britain bernilai £125 juta (RM684 juta) dari Newcastle pada September lalu.

Penyerang Sweden itu menamatkan kemarau berkenaan di Stadium London menerusi hanya gol keduanya dalam 11 aksi bagi semua pertandingan buat Liverpool, selepas gol sulung hadir dalam saingan Piala Liga menentang Southampton.

Cody Gakpo menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan pertama Liverpool dalam empat perlawanan bagi semua pertandingan.

Dibelenggu kecederaan serta kekurangan minit permainan sesudah terlepas aksi pramusim susulan kemelut perpindahannya, Isak kembali menemui sentuhan jaringan liga pertamanya sejak meledak untuk Newcastle menentang Brighton pada Mei lalu.

Penamat kepada kemarau 10 perlawanan tanpa gol pemain berusia 26 tahun itu di peringkat kelab dan negara sedikit melegakan penyokong The Reds dalam musim yang begitu hambar.

Kekalahan memalukan 1-4 kepada PSV Eindhoven dalam Liga Juara-Juara pertengahan minggu ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut Liverpool dengan jurang tiga gol atau lebih selepas tewas 0-3 kepada Manchester City dan Nottingham Forest.

Liverpool tumbang dalam sembilan daripada 12 perlawanan sebelumnya – rentetan paling buruk sejak musim 1953-54 – termasuk enam kekalahan daripada tujuh aksi liga.

Dengan tekanan semakin memuncak buat Arne Slot, kemenangan itu sedikit sebanyak menjadi tonik penting apabila Liverpool naik ke tangga kelapan liga.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak