PMX beri bayangan kemenangan bergaya DUN Merotai

KALABAKAN – “Insya-Allah sambutan baik, kita mengarah kepada kemenangan bergaya’,” kata Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Respons ringkas itu juga menandakan isyarat positif kemenangan calon PH, Datuk Ruji Ubi di DUN Merotai pada PRN17 Sabah ini ketika ditanya berkenaan calon.

Semasa berucap, Anwar menyeru agar pengundi Merotai memberikan sokongan kepada Ruji demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Siapa mahu jadi wakil rakyat, mahu perintah Sabah dan Malaysia, mesti amanah angkat martabat rakyat.

“Sebab itu saya katakan Kerajaan Negeri Sabah mesti sehaluan Persekutuan,” katanya.

Beliau juga menyeru agar anak muda tahu sentimen yang dimainkan pihak pembangkang tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

“Sentimen marah sana sini kerja tidak jalan, benci sana sini, hero sana sini, hero apa kalau rakyat tidak kerja?

“Hero apa kalau rakyat miskin? Tidak selesai masalah air, elektrik dan pekerjaan?,” soalnya.

Tambahnya, Kerajaan MADANI merupakan kerajaan pertama yang memberi pengumuman tegas tetap melaksanakan 40 peratus hasil Sabah.

“PH bertanding 20 kerusi sahaja, bukan nak jadi Ketua Menteri tapi mahu perjuangan itu sampai kepada rakyat, membela rakyat, projek lancar, tatakelola berjalan baik,” ujarnya.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah