Wakil rakyat perlu mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan – Anwar

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Sabah memilih wakil rakyat yang benar-benar mampu bekerja untuk negeri itu serta mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan.

Menurut beliau, kempen politik tidak seharusnya dipenuhi dengan janji kosong atau retorik semata-mata, sebaliknya mestilah disusuli tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Ini pilihan raya, nak pilih wakil yang boleh kerja untuk negeri Sabah dan kerja baik dengan Persekutuan.

“Cakap pandai tak guna kalau kerja tak guna. Tuntut, tuntut, tuntut… tapi bila menang, kaya sendiri masuk poket pun tak guna,” katamya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Rakyat di Markas Pakatan Harapan di Karamunting Sandakan, di sini pada Rabu.

Anwar berakata, sebarang tuntutan atau perbincangan berhubung pembangunan Sabah perlu dilakukan ketika seseorang pemimpin itu masih berada dalam tampuk kuasa, bukan selepas bersara atau hilang jawatan.

“Kalau nak buat, buat sekarang, mahu tolong rakyat sekarang, mahu buka sekolah sekarang, mahu buka klinik sekarang, mahu betulkan jalan berlubang-lubang sekarang, elektrik dan air sekarang,” tegas beliau.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa kerajaan telah menambah peruntukan pembangunan Sabah daripada RM10 bilion sebelum ini kepada RM17 bilion, selain meluluskan tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang tidak pernah dipenuhi sebelum ini.

Dalam ucapannya, Anwar turut memperkenalkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, yang disifatkan sebagai wakil yang mampu membawa suara rakyat Sabah ke peringkat Persekutuan.

“Hari ini calon kita George Hiew Vun Zin, Calon Nombor 2. Dia wakil saya.

“Saya akan tegur kalau ada salah. Ini bukan benda bukan main-main. Orang yang sokong kita orang susah,” katanya.

Anwar turut mengimbau perjalanan hidupnya yang penuh cabaran, termasuk dipenjara dan melalui fasa suka duka politik, sebelum ditakdirkan memimpin negara.

Jelasnya, segala pengalaman itu menguatkan tekadnya untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa kepentingan peribadi.

“Saya satu-satu Perdana Menteri dalam sejarah tak ambil gaji. (Gaji) Ahli Parlimen saya ambil.

“Sebab apa? Saya mahu tunjuk bukan semua orang jadi Perdana Menteri mahu curi duit, mahu jadi kaya. Ada orang yang mahu berkhidmat,” katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman