Moyog inginkan calon muda, Remysta calon tepat

PENAMPANG – Pengundi di Moyog menyatakan keinginan jelas untuk melihat calon muda mewakili mereka pada Pilihan Raya Negeri akan datang, dengan calon Pakatan Harapan (PH), Remysta Jimmy Taylor, dilihat sebagai pilihan yang paling tepat bagi membawa pembaharuan di kawasan itu.

Selepas beberapa hari turun padang menyantuni masyarakat Moyog, Remysta berkata, beliau melihat peningkatan ketara sokongan penduduk terhadap PH, sekali gus meningkatkan keyakinannya untuk merampas semula kerusi DUN Moyog yang pernah dipegang gabungan itu.

“Saya melihat sendiri sokongan penduduk semakin meningkat. Saya yakin kita mampu mengambil kembali kerusi Moyog yang sebelum ini milik PH,” katanya ketika ditanya oleh media semasa Program Ceramah Kelompok, di sini pada Rabu.

Penduduk tempatan, Dorin Lambun, 42, menyifatkan Remysta sebagai calon muda yang mampu membawa suara generasi baharu sambil memenuhi keperluan penduduk yang semakin berubah.

“Inilah masanya Moyog memilih calon muda. Remysta calon yang tepat kerana kita mahu perubahan untuk masa depan anak-anak dan generasi akan datang,” katanya.

Menurut Dorin, beberapa tawaran yang dikemukakan Remysta termasuk penubuhan klinik bergerak, tuisyen percuma untuk pelajar SPM, serta penambahan tadika Kemas di kampung pedalaman menepati keperluan penduduk yang mahukan akses kesihatan dan pendidikan lebih baik.

Pesara kerajaan, Levina Sigimon, 62, pula berharap calon muda seperti Remysta dapat memberikan tumpuan kepada masalah asas di Moyog, terutama sistem perparitan yang didakwa tidak memuaskan sehingga menyebabkan banjir berulang.

“Kami perlukan penyelesaian segera. Saya harap beliau dapat mempercepatkan pembinaan tembatan banjir di kawasan kami,” katanya.

Levina turut menyuarakan harapan agar program khusus ekonomi wanita diperkenalkan bagi membantu suri rumah dan pesara yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Dengan latar belakang yang membolehkannya menjadi penghubung antara kerajaan negeri dan Persekutuan, Remysta yakin tawaran serta pembaharuan yang dibawa beliau mampu memenuhi harapan penduduk Moyog yang mahukan pemimpin baharu dan bertenaga.

Related Posts

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Kementerian Kewangan mempertimbangkan kenaikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2027, sebagai langkah membendung peningkatan tabiat merokok dalam kalangan golongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera