Pakar proses dadah ditahan, dadah lebih RM2 juta dirampas

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga asing disyaki pakar dalam memproses dadah diberkas polis susulan serbuan di sebuah kediaman teres di sekitar Eco Flora di sini pada 17 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, serbuan di kediaman yang lengkap dengan sistem pagar elektrik selain kewujudan pengawal keselamatan itu membawa kepada penemuan sejumlah dadah.

Katanya, penahan ke atas suspek berusia 31 tahun oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu kemudiannya membawa kepada tangkapan kedua dipercayai teman wanitanya berusia 38 tahun.

“Suspek kedua ditahan di tepi jalan di Taman Setia Indah di sini dan menunjukkan lokasi rumah teres serta apartmen sekitar Johor Bahru yang digunakan sebagai lokasi memproses dan pembungkusan dadah.

“Hasil serbuan di empat lokasi berasingan sekitar daerah ini membawa kepada rampasan lebih enam kilogram (kg) dadah iaitu 3.672 kilogram serbuk ekstasi bernilai RM613,340, 20.21 liter cecair ekstasi (RM1,350,028), 1.85g pil eramin 5, 12.8g pil ekstasi (RM2,100), 4.8g pil epam nitrazepam (RM160) dan 2.600 kg syabu (RM83,200) yang keseluruhannya bernilai RM2.048 juta.

“Kita juga merampas peralatan memproses dadah serta ‘percusor’ yang digunakan dalam memproses dadah. Dalam masa sama, polis turut menyita sebuah kereta (RM360,000), wang tunai RM131,598, pelbagai jenis barang kemas (RM8,880), wang tunai dolar Singapura (SGD100) serta tiga akaun bank yang keseluruhannya nilai sitaan berjumlah RM630,596,” katanya dalam sidang media yang dipaparkan secara langsung melalui Facebook IPK Johor, hari ini.

Menurut Kumar, siasatan awal mendapati suspek lelaki mempunyai kepakaran memproses dadah daripada bahan-bahan berjadual antaranya methanol, sulfat asid serta pelbagai bahan kimia lain.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui cara suspek memperoleh bahan-bahan berjadual ini.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine, manakala wanita positif dadah jenis Benzodiazepines (Benzo).

“Polis percaya sindiket yang telah beroperasi sejak Mei lalu bukan sahaja memproses dadah untuk pasaran tempatan, tetapi ke negara jiran.

“Suspek lelaki juga disyaki adalah perancang, tetapi masih mengesan ahli lain yang dipercayai bertindak sebagai penghantar.

“Siasatan awal menunjukkan sindiket ini mengedar dadah dalam kuantiti kecil, jadi kita percaya ada ahli sindiket sebagai penghantar untuk hantar dadah ke destinasi yang ditetapkan. Mereka juga menghasilkan cecair vape yang mengandungi dadah selain peket-peket kecil untuk edaran,” katanya.

Ujar beliau, kedua-dua suspek direman sehingga Sabtu ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti