Sindiket dadah Pekan Lapok berjaya ditumpaskan

MARUDI – Kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dengan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Marudi dengan diketuai oleh Superitenden Gabriel Risut mengadakan Operasi Tapis Khas di Pekan Lapok pada Selasa.

Dalam operasi ini, seramai 39 individu ditangkap, termasuk tiga warga Indonesia.

Selain itu, tangkapan turut dijalankan di kawasan Marudi dengan tiga individu ditahan.

Dua warga Indonesia ditangkap kerana memiliki dadah jenis methamphetamine di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang warga tempatan ditangkap di bawah Seksyen 12(2) akta yang sama.

Selain itu, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan seramai 33 orang didapati positif Methamphetamine.

JSJN IPK Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerjasama yang diberikan oleh masyarakat dalam menyalurkan maklumat.

Operasi seperti itu akan terus dijalankan demi memastikan gejala penyalahgunaan dadah ini dapat dibendung ke dalam komuniti setempat.

Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Beluru untuk proses dokumentasi dan ujian air kencing.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil yang juga merangkap sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi mengucapkan syabas kepada pihak PDRM di atas kejayaan operasi dan tangkapan ini.

“Saya turut dimaklumkan pengedar dadah tersebut turut ditangkap di dalam operasi ini dan 105kg syabu berjaya dirampas di Miri,” kata beliau.

Beliau turut memohon ketua kaum dan ketua masyarakat dan ahli-ahli majlis untuk sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak polis supaya dapat membendung kegiatan najis dadah.

“Saya juga memohon kerjasama ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak mereka supaya dapat mengelak daripada terlibat najis dadah.

“Kita berharap operasi seperti ini akan terus dilakukan pada masa akan datang,” ujar beliau lagi.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti