
BAU – Pihak polis Bau menerima laporan daripada Pejabat Konsulat Republik Indonesia berkenaan kehilangan seorang lelaki warganegara Indonesia di kawasan Gunung Tabai, Bau sejak 13 Ogos lalu.
Difahamkan, mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Yoga Anggiska, berusia 26 tahun.
Berikutan laporan tersebut, operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada 24 Ogos 2024 oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bau, Pasukan Bomba dan Penyelamat Bau, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Setakat ini, usaha mencari masih diteruskan dan siasatan sedang giat dijalankan dengan bantuan daripada beberapa saksi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu tersebut diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Colin Raape, di talian 017-817 1750.
Pihak polis juga menyeru agar orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan proses siasatan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita yang tidak sahih di media sosial.







