PKR Sabah sokong ketegasan Perdana Menteri, rakyat Sabah diseru tolak politik fitnah

KOTA KINABALU – PKR Sabah menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung penerimaan peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau serta penegasan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan Datuk Seri Shamsul Iskandar meletak jawatan adalah satu tindakan bertanggungjawab dan selari dengan prinsip Kerajaan MADANI yang mengutamakan integriti, ketelusan dan tatakelola yang baik.

“Ia membuktikan bahawa tiada sesiapa dalam kerajaan kebal daripada proses undang-undang dan semua tuduhan mesti disiasat dengan adil serta profesional.

“SPRM harus diberikan ruang sepenuhnya untuk menyelesaikan siasatan mengikut prosedur tanpa tekanan politik ini ialah asas kepada reformasi institusi yang telah lama diperjuangkan,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Rabu.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan politik fitnah, adu domba dan cubaan memanipulasi isu untuk mengelirukan rakyat.

Jelasnya, masa depan Sabah tidak wajar ditentukan oleh permainan elit politik, tetapi melalui fakta, kejujuran dan dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat Sabah.

Tambahnya, PKR Sabah komited untuk terus memperjuangkan agenda reformasi, mengangkat suara rakyat, serta memastikan Sabah menikmati pemerintahan yang bersih, stabil dan bertanggungjawab.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun