Presiden MPN didakwa pecah amanah

KUALA LUMPUR – Dua termasuk Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh pertuduhan – pecah amanah dan bersubahat – bernilai RM271,000 pada tahun 2023 dan tahun ini.

Tertuduh, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose, 64, dan Prof Datuk Dr Kefli Mahbol, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Berdasarkan dua pertuduhan, Raduan sebagai Presiden MPN telah melakukan pecah amanah dana MPN berjumlah RM71,000 ke dalam akaun bank Kefli.

Raduan turut didakwa lima pertuduhan sebagai Pengarah MPN Global Reach Sdn Bhd telah melakukan jenayah sama bagi wang pendahuluan program UKMShape-MPN Global Reach Sdn Bhd dengan nilai keseluruhan RM200,000 melalui lima cek sebuah bank, juga kepada Kefli.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di pejabat MPN di Country Height Kajang antara 14 Mac 2023 hingga 15 April tahun ini.

Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda.

Kefli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Reach Sdn Bhd didakwa tujuh pertuduhan bersubahat dengan Raduan bagi jenayah pecah amanah pada tarikh dan lokasi sama.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama,

Terdahulu pada prosiding tersebut sebaik pertuduhan dibacakan, Raduan menegaskan merasa sangat kesal dengan segala pertuduhan tersebut dengan kelulusan diberikan atas jawatan kapasitinya.

“Itu gaji halal dan titik peluh dia (Kefli), saya mengaku tidak bersalah,” katanya.

Raduan yang kini Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut memaklumkan dia berkhidmat lebih 40 tahun dan terperanjat dengan pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Law Chin How dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 bagi setiap tertuduh bersama seorang penjamin, selain melapor diri di pejabat SPRM antara 1 hingga 7 hari bulan setiap bulan serta tidak kacau ganggu atau hubungi saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes pada 23 Oktober depan.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik