Air mata gembira iringi sambutan Hari Ibu di Beseri

BESERI – Suasana penuh sebak dan air mata gembira menyelubungi Dewan KEMAS Alor Tampang, Beseri apabila pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memakaikan selendang serta menyerahkan kad ucapan kepada ibu masing-masing sempena Program Hari Ibu 2026, semalam.

Pengerusi Pertubuhan Wanita Swadaya Negeri Perlis (PEWADA), Che Mazlina Che Yob berkata, program bertemakan ‘Ibu Cemerlang, Anak Gemilang, Negara Terbilang’ itu diadakan bagi menghargai pengorbanan ibu dalam melahirkan generasi cemerlang khususnya pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM 2025 di negeri ini.

“Program ini bukan sahaja meraikan kejayaan pelajar, tetapi turut mengangkat pengorbanan ibu yang menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan anak-anak.

“Kita mahu masyarakat melihat bahawa kejayaan seseorang anak tidak datang tanpa doa, pengorbanan dan sokongan seorang ibu,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Menurut beliau, seramai 150 peserta hadir terdiri daripada 50 pelajar cemerlang bersama ibu masing-masing selain komuniti setempat yang turut memeriahkan program berkenaan.

Katanya, antara pengisian utama program ialah ceramah bertajuk ‘Ibu Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang” yang disampaikan oleh Maznah Daud.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan ‘Modul Keibubapaan dan Perlindungan Kanak-Kanak’ yang disampaikan oleh Zakiah Rejab dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selain slot interaktif kenegaraan oleh Timbalan Pengarah Akademi Kenegaraan Negeri Perlis.

Setiap pelajar menerima hadiah penghargaan atas kecemerlangan dalam peperiksaan SPM manakala ibu masing-masing turut diraikan dengan hadiah khas sempena sambutan Hari Ibu.

Sebagai simbolik penghargaan, para pelajar turut memakaikan selendang dan menyerahkan kad ucapan kepada ibu masing-masing dalam suasana penuh emosi dan penghargaan.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin.

Turut memeriahkan program ialah Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia Perlis, Persatuan Penduduk Kampung Darat, Humanitarian Care Malaysia (MyCare) serta gerai usahawan asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Related Posts

Memahami polemik berpanjangan sambutan Hari Ibu

KUANTAN – Sambutan Hari Ibu tidak sepatutnya terus mencetuskan polemik dalam kalangan umat Islam, apatah lagi hingga sanggup melabelkan kumpulan meraikan sambutan itu sebagai kafir. Perkara berkaitan sambutan ini mempunyai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah

JITRA – Seramai 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana disyaki melanggar peraturan imigresen dalam satu serbuan di sini semalam. JIM Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

Memahami polemik berpanjangan sambutan Hari Ibu

Memahami polemik berpanjangan sambutan Hari Ibu

Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah

Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah

Penganggur mengaku seleweng 3,455 liter diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku seleweng 3,455 liter diesel tanpa lesen

Air mata gembira iringi sambutan Hari Ibu di Beseri

Air mata gembira iringi sambutan Hari Ibu di Beseri

Politik marah bukan penyelesaian: Rakyat mahu kemajuan, bukan naratif penindasan

Politik marah bukan penyelesaian: Rakyat mahu kemajuan, bukan naratif penindasan