Operasi SAR mangsa tanah jerlus diteruskan

PUTRAJAYA – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India sejak Jumaat lalu, tidak akan dihentikan selagi tiada pengumuman untuk berbuat demikian.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Mengenai tempoh SAR, belum diputuskan sama ada akan dihentikan, maka selagi mana tidak diumum pemberhentian SAR, ia akan diteruskan,” katanya pada sidang media hari ini.

Fahmi berkata, pada mesyuarat itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa membentangkan laporan awal mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, beberapa lurang kumbahan sudah diperiksa dengan fokus kini tertumpu di loji rawatan kumbahan Pantai 1 dan Pantai 2 Indah Water Konsortium (IWK).

“Mereka sedang menyiasat untuk mengesan mangsa, namun setakat pagi tadi, mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Hari keenam operasi SAR wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, masih gagal menemukan sebarang petunjuk baharu.

Related Posts

Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang