Penganggur mengaku seleweng 3,455 liter diesel tanpa lesen

SEBERANG PERAI – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 3,455 liter diesel tanpa lesen, Selasa lalu.

Tertuduh, S. Ilayaraj, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 3,455 liter yang disimpan dalam enam tangki tambahan di atas sebuah lori Nissan bernombor pendaftaran PGN3771 di Kompleks Penyimpanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak kira-kira pukul 11 malam, 5 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Preeya Darrsini bersama Pegawai Pendakwa KPDN, Alsad Nasrullah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes, laporan kimia serta jatuh hukum.

Related Posts

Yuneswaran tampil hulur bantuan, janji jaga Amirah seperti adik sendiri

SEGAMAT – Kisah pengorbanan seorang remaja perempuan yang sanggup mengetepikan cita-cita demi menjaga ibu dan nenek yang uzur akibat strok terus mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen Segamat, R…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

HULU TERENGGANU – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengesahkan beliau menerima surat penggantungan keahlian Bersatu selama dua penggal, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukannya dalam parti itu. Rosol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Phoong Jin Zhe dilantik senator, 12 lain turut angkat sumpah di Dewan Negara

Phoong Jin Zhe dilantik senator, 12 lain turut angkat sumpah di Dewan Negara

Yuneswaran tampil hulur bantuan, janji jaga Amirah seperti adik sendiri

Yuneswaran tampil hulur bantuan, janji jaga Amirah seperti adik sendiri

Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

Memahami polemik berpanjangan sambutan Hari Ibu

Memahami polemik berpanjangan sambutan Hari Ibu

Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah

Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah

Penganggur mengaku seleweng 3,455 liter diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku seleweng 3,455 liter diesel tanpa lesen