Kerajaan perkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi hadapi ketidaktentuan ekonomi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus mempergiat usaha memperkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi membantu negara menghadapi cabaran ekonomi serta ketidaktentuan rantaian global susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan STI perlu diberi perhatian serius kerana sektor itu memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2026, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan beberapa inisiatif berasaskan misi diyakini mampu meningkatkan kecekapan penggunaan sumber selain menyokong pertumbuhan ekonomi mampan serta pembangunan teknologi dan inovasi bernilai tinggi.

“Selari dengan tekad untuk menjadikan STI sebagai pemacu utama penyelesaian ekonomi negara, setiap perancangan dan pelaksanaan mesti digerakkan secara lebih strategik dan berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, kerjasama strategik antara Kerajaan MADANI, sektor swasta serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga perlu terus diperkukuh bagi memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat dan negara.

Related Posts

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan. Christine Norshidah Jamlin,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Politik marah bukan penyelesaian: Rakyat mahu kemajuan, bukan naratif penindasan

Politik marah bukan penyelesaian: Rakyat mahu kemajuan, bukan naratif penindasan

Kerajaan perkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi hadapi ketidaktentuan ekonomi

Kerajaan perkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi hadapi ketidaktentuan ekonomi

Sabah perlu keluar daripada imej projek sakit – Mustapha

Sabah perlu keluar daripada imej projek sakit – Mustapha

Kerajaan MADANI peruntuk RM2.17 bilion laksana 39 projek pembangunan di Sandakan

Kerajaan MADANI peruntuk RM2.17 bilion laksana 39 projek pembangunan di Sandakan

SMJ Energy dinobat Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan Anugerah Emerald Petronas 2026

  • By Ynom
  • May 11, 2026
SMJ Energy dinobat Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan Anugerah Emerald Petronas 2026

Lawatan Diwarmas ke Brooke Dockyard imbau memori silam warga emas

Lawatan Diwarmas ke Brooke Dockyard imbau memori silam warga emas