PRN17 Sabah: 98.94 peratus pengundi awal di DUN Bandau keluar mengundi

KOTA MARUDU – Sebanyak 98.94 peratus daripada 189 anggota dan pegawai polis yang layak mengundi secara fizikal menunaikan kewajipan mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah bagi DUN Bandau di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu, di sini pada Selasa. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 187 individu hadir mengundi daripada 189 yang layak mengundi secara fizikal dan 12 individu undi secara pos yang menjadikan jumlah undi awal keseluruhan 201.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Simiun Lomudin dan bekas Ketua Polis Daerah Kota Marudu Zairolnizal Ishak turut menunaikan tanggungjawab di sini hari ini. 

Proses undi awal ini turut dikunjungi Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Bandau, Meiri Sugara. 

Sementara itu, Sarjan Penguatkuasaan Kawalan Lalu Lintas Trafik Kota Marudu, Ambrose Manjeng yang turut hadir mengundi hari ini berkata, proses undi awal yang bermula seawal 8 pagi hari ini berjalan lancar. 

Ambrose yang merupakan pengundi di kawasan DUN Bandau, menyatakan harapannya agar calon yang bakal dipilih kelak dapat memberi tumpuan penuh terhadap pembangunan serta kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan. 

“Harapan saya sebagai pengundi di Bandau semoga mana-mana calon yang terpilih nanti akan bekerja bersungguh-sungguh untuk kemajuan dan kesejahteraan dan keselesaan rakyat N.6 Bandau,” katanya ketika ditemuramah wartawan TMP, di sini pada Selasa. 

Dalam pada itu, Ambrose turut menegaskan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kelancaran perjalanan PRN17 Sabah yang bakal berlangsung 29 ini. 

“Saya sebagai PDRM tetap bersemangat kerana kami akan bertugas melancarkan pergerakan petugas-petugas, penyokong dan pengundi pada 29 November nanti,” tambahnya.

Untuk makluman, pusat mengundi awal IPD Kota Marudu ditutup pada jam 5 petang tadi.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan