Sentiasa peka, maklum segera pihak berkuasa jika banjir

KUANTAN – Warga peneroka FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan perubahan cuaca di kawasan sekitar kediaman mereka.

Ini berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak minggu lalu, susulan peralihan Monsun Timur Laut.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, dokumen penting juga perlu diasingkan dan disimpan di tempat selamat sebagai persediaan awal untuk sebarang kemungkinan.

“Pesanan dan peringatan ini perlu diberi perhatian oleh penduduk dalam kawasan (FELDA) Jengka 24 secara khususnya, kerana kita pernah berdepan situasi banjir luar jangka sebelum ini.

“Saya sangat berharap agar semua peneroka dapat mengikuti perkembangan terkini situasi cuaca dalam kawasan tanah rancangan kita, demi keselamatan semua,” katanya kepada The Malaysia Press.

Selain itu, kata Razak, bekalan makanan dan barangan keperluan asas lain juga perlu dipastikan mencukupi.

Jelasnya, kerajaan Pahang sudah mula menghantar bekalan keperluan asas itu ke pangkalan hadapan di setiap daerah, sejak bulan lalu.

“Saya fikir semua (pangkalan hadapan) sudah menerima bekalan masing-masing, dan seterusnya adalah cara untuk menguruskan serta mengagihkan bekalan itu kepada penduduk apabila banjir berlaku.

“Bagi tujuan (pengagihan), ia akan diselaraskan secara bersama oleh penduduk dan juga pengurusan FELDA… saya harap ia dapat dilaksanakan secara teratur,” katanya.

Dalam pada itu, dia menasihatkan penduduk, terutamanya kanak-kanak, supaya tidak menghampiri punca elektrik jika berlaku banjir, bagi mengelak daripada insiden seperti terkena renjatan elektrik.

“Paling penting adalah untuk terus memaklumkan kepada pihak berkuasa jika berlaku kenaikan paras air yang memerlukan bantuan untuk berpindah.

“Sama-sama kita berdoa supaya kawasan FELDA Jengka 24 ini tidak berdepan keadaan banjir yang serius untuk musim tengkujuh kali ini,” ujarnya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan