PETRONAS hari ini menafikan dakwaan tersebar di media sosial bahawa syarikat itu penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh.
Kenyataan syarikat minyak dan gas negara itu memaklumkan, Petronas tidak pernah memeterai sebarang perjanjian berkaitan penajaan bagi Liga Bola Sepak Bangladesh, atau membenarkan nama dan jenamanya digunakan.
Petronas turut memaklumkan bahawa ia memandang serius isu membabitkan integriti jenamanya, dan kekal fokus terhadap usaha penyampaian nilai kepada pihak berkepentingan serta komuniti di mana ia beroperasi.






