PM Anwar terima sambutan negara di Nairobi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan peringkat negara oleh Presiden Kenya, William Samoei Ruto di State House hari ini, sekali gus memulakan rangka lawatan kerja yang menumpukan pengukuhan hubungan dua hala serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Kenya.

Majlis sambutan itu diadakan di kediaman rasmi Presiden Kenya sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama meliputi ekonomi, pelaburan, pelancongan dan pembangunan bandar.

Selesai mesyuarat, Anwar dan Ruto turut menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan dokumen kerjasama, termasuk dalam bidang pelancongan serta kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Nairobi City Council.

Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucaptama serta merasmikan Forum Pendidikan Tinggi Malaysia–Afrika, selain mengetuai sesi pada Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia–Kenya yang menghimpunkan pemain industri dari kedua-dua negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; pegawai kanan kerajaan serta delegasi perniagaan Malaysia.

Kenya, negara di Afrika Timur, bersempadan dengan Sudan Selatan di barat laut; Ethiopia di utara; Somalia di timur; Lautan Hindi di tenggara; Tanzania di barat daya; serta Tasik Victoria dan Uganda di barat.

Pada 2024, Kenya muncul sebagai rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di benua Afrika dengan jumlah perdagangan berjumlah RM5.7 bilion, meningkat 1.2 peratus berbanding RM5.51 bilion pada tahun sebelumnya.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke Malaysia dari Nairobi pada petang ini, menamatkan rangka lawatan kerja beliau ke tiga negara di Afrika.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar