Jentera parti komponen Kerajaan Perpaduan bantu kempen PRK Mahkota

KUALA LUMPUR – Seluruh jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan digerakkan sepenuhnya pada pilihan raya kecil (PRK) Mahkota, Johor bagi memenangi hati serta sokongan pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu, ditetapkan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, malam tadi.

“Mesyuarat menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) di PRK Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduan yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi gabungan itu dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Asyraf Wajdi berkata mesyuarat itu turut memperakui struktur jentera Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi PRK Mahkota, dengan pelantikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengarah PRK dan Aminolhuda Hassan sebagai Penyelaras Jentera Pakatan Harapan (PH).

“Mesyuarat turut memandang serius isu 3R dan menegaskan akan menumpahkan taat setia serta terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.

“Mesyuarat turut menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada BN kerana memenangi PRK Nenggiri dengan majoriti besar,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau turut menghadiri mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, mesyuarat itu turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta semua pimpinan parti mendukung Kerajaan Perpaduan.

“Pelbagai isu berkaitan dengan kepentingan negara dan kebajikan rakyat dibincangkan dan Perdana Menteri telah pun menyampaikan pelbagai input penting kepada hadirin agar agenda pembangunan negara diteruskan dengan baik,” katanya.

Related Posts

UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sekali lagi mengkritik Pas secara terbuka susulan kemelut hubungan antara kedua-dua parti yang semakin berpanjangan dalam Perikatan Nasional (PN). Menerusi satu hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM