Polis rampas ketum, kenderaan suspek nilai RM71,000

KUANTAN – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya membongkar kegiatan memproses dan mengedar air ketum selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading, pagi semalam.

Dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook rasmi, PGA Briged Tenggara memaklumkan serbuan menerusi Ops Taring Mitra sekitar jam 11 pagi itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun.

“Hasil pemeriksaan di rumah yang dipercayai menjadi lokasi memproses ketum itu membawa kepada penemuan 52.90 kilogram daun ketum.

“Turut ditemui sebanyak 547 bungkus air ketum siap diproses dengan anggaran jumlah 437.6 liter, yang disimpan di dalam rumah dan kenderaan suspek.

“Beberapa peralatan memproses air ketum dan sebuah kenderaan turut dirampas,” katanya.

Menurut PGA, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM71,000 termasuk kenderaan digunakan suspek.

Suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri