Inkues Zara: 5 pelajar mengadu tekanan emosi diejek pelajar lain

KOTA KINABALU – Saksi ke-48 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir iaitu guru kaunseling dan warden asrama, Miswati Lundu memaklumkan mahkamah bahawa terdapat lima pelajar mengadu tekanan emosi kerana diejek pelajar lain menjadi punca kepada masalah yang menimpa Zara.

Menurut kenyataan bersama pasukan guaman ibu Zara, saksi berkata, sesi kaunseling terhadap lima pelajar itu dibuat pada 17 Julai lepas iaitu pada sebelah pagi dan malam.

Kenyataan bersama itu oleh Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan Farrah Nasser Elhanan James.

“Sesi pada sebelah pagi adalah bertujuan untuk meluahkan perasaan dan membuat sokongan emosi kepada pelajar-pelajar tersebut.

“Manakala, sesi kaunseling sebelah malam pula adalah susulan laporan yang dibuat oleh kelima-lima pelajar tersebut.

“Saksi berkata kelima-lima pelajar tersebut mengadu tekanan emosi atas sebab para pelajar-pelajar lain mengejek mereka menjadi punca apa yang menimpa Zara.

“Saksi juga mengatakan ejekan tersebut ’boleh jadi’ dikategorikan sebagai buli lisan,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Katanya lagi, saksi berkata, kelima-lima pelajar tersebut dikatakan pelajar yang terakhir berinteraksi dengan Zara kerana mereka membuat perjumpaan dengan Zara di dorm.

Tambahnya, saksi berkata, dalam sesi kaunseling, para pelajar senior memberitahu saksi bahawa mereka seolah-olah merasakan menjadi punca kepada kejadian kenapa Zara ditemukan di bawah blok asrama namun ia bukanlah satu pengakuan rasmi.

“Semasa sesi kaunseling dibuat, terdapat seorang pelajar yang menunjukkan reaksi emosi sedih, menangis dan menyatakan rasa bersalah yang mendalam,” ujarnya.

Dalam pada itu, saksi memberi pandangan dia tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut pada malam kejadian sebelum Zara dijumpai aras bawah asrama.

Related Posts

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa