
KUCHING – Sarawak sentiasa serius memerangi ancaman dadah yang boleh merosakkan masa depan anak muda dan keharmonian masyarakat.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, kerajaan Sarawak terus memberi sokongan penuh kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam membanteras dadah.
“Kerajaan Sarawak juga akan terus aktif dalam melaksanakan program kesedaran dan pencegahan dadah serta rawatan, pemulihan dan intervensi,” kata beliau.
Tambahnya, kerjasama daripada semua pihak sangat penting dengan memberi maklumat dan sokongan kepada JSJN dalam usaha membanteras dadah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis-Majlis Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Kejayaan Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak di sini, pada Selasa.
Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada JSJN dalam operasi membanteras empat suspek dan merampas 105.02kg dadah jenis syabu bernilai RM3.3 juta di Miri baru-baru ini.
“Kejayaan rampasan ini mampu menyelamatkan lebih 500,000 penagih daripada terus terjebak dalam penyalahgunaan dadah,” kata beliau.
Beliau turut menekankan kejayaan operasi ini juga hasil kerjasama antara pihak polis dengan masyarakat demi kesejahteraan masyarakat.






