PM tegur keras penggunaan surat sokongan kontraktor

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sudah menegur secara tegas kepada setiausaha politiknya yang dikatakan memberikan surat sokongan kontraktor terhadap projek hospital pada tahun lalu.

Tegasnya, berdasarkan peraturan dan prinsip tindakan berkenaan tidak boleh dilakukan.

“(Berkenaan) sokongan setiausaha politik saya, saya beri teguran keras kerana peraturan tidak membolehkan kita lakukan (seperti itu). Kalau saya terima surat, saya akan kata teliti, tidak boleh buat surat sokongan,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Anwar berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahmad Fadli Shaari (Pasir Mas-PN).

Terdahulu pemimpin Pas itu mempersoalkan tindakan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang mengeluarkan surat sokongan terhadap projek hospital pada 2024 dengan menyenaraikan kontraktor kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, daripada enam kontraktor yang disenaraikan dalam surat sokongan tersebut hanya dua mempunyai kelayakan.

Namun, pemimpin Pas itu tidak menamakan pembinaan projek hospital tersebut yang terkait dengan surat sokongan berkenaan.

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti